Tuesday, February 5, 2013

"Ada hikmah di sebalik duka"

Allahuakbar.
Allah Maha Besar.
Aku memohon perlindunganmu dari sikap lalai.
Lalai untuk mengerjakan segala perintahMu.
Jauhkan aku dari sikap ambil mudah dengan perintahMu.
Didiklah aku dengan sikap sabar dan kuat menghadapi ujian dariMu.
Tunjukkanlah jalan untuk aku redha dengan setiap ketentuanMu.

Waktu mula-mula aku dibongkarkan kisah sebenar, aku dah cukup sebak.
Mataku dah cukup terbeliak.
Aku fikir, dan terus fikir.
Bagaimana kalau aku di tempat kawan itu.
Aku rasa aku tak mampu sangat sangat nak tanggung berat beban sebegitu rupa.

Tapi, kuasa Allah tu hebat.
Kali ini, giliran aku di'tawar'kan ujian itu.
Allahuakbar.
Baru seminggu lebih, aku dah rasa beban tu sungguh mengancam kesabaranku.
Allahuakbar.
Aku pun bukanlah suci & naif sangat.
Banyak dosa y terpalit di setiap pelusuk diri ini.
Penambahan dosa y satu ini membuat aku rasa bagai aku sedang jatuh dan bakal jatuh lebih jauh lagi.

Bukanlah aku mengeluh dengan ujian Allah,
Tapi, aku rasa seperti aku tak mampu.
Astaghfirullah.
Aku lupa.
Jadi, aku mampu sebenarnya.
InsyaAllah.
Ada hikmah di sebalik duka. insyaAllah :)

Aku akan mulakan misi.
I won't give up !
Bit by bit.
Step by step.
Manusia itu dai'e.
Dan tugas seorang dai'e itu bukanlah mudah, dan bukanlah mustahil untuk dilaksana.
InsyaAllah.
Bantu saya kawan-kawan.

"Semoga ALLAH mengurniakan hidayahNya untukmu duhai kawan"
Jangan lupa untuk teruskan berdoa, dan berniat untuk berubah, kerana Allah tidak akan sekali-kali mengubah nasib sesorang melainkan seseorang itu yang mengubah nasibnya sendiri.

No comments: