Monday, December 10, 2012

Perubahan - susah sangat ke ? Memang susah.

Aku pernah tertanya-tanya.
Kenapa manusia takut sangat akan perubahan ?
Mungkin takde lah sampai tahap takut sangat, tapi lebih kurang lah kot ?
*Kalau sampai nak melenting, nak emosi apabila disuruh berubah, tak ke takut namanya tu ?
atau, mungkin boleh di'regard' sebagai benci ?
Aku pun termasuk dalam golongan yang takut akan perubahan.

Tapi,
Aku selalu fikir...
Kalau ada orang suruh atau nasihatkan kita untuk berubah, mesti ada sebab.
Cuba kalau orang nasihat, jangan cepat sangat melatah.
Kita selidik dulu.
PUNCA & ALASAN.
Punca kenapa kita dinasihatkan tuk berubah. salah kita ke, pandangan orang semata-mata ke.
Alasan tuk kita berubah. adakah lebih baik tuk kita berubah, apa agaknya hikmah kalau kita berubah.

Contoh.
Aku pernah lah tegur seorang hamba Allah ni. bukan seorang pun sebenarnya. ramai. btw, cerita ni aku ubahsuai sikit. nak sampaikan berlainan persepsi orang dalam perihal tudung ni.
Tudung dia agak singkat, tak tutup aib dia. dalam konteks ni, tak tutup dada.
Dan tudung tu jarang. dia tak pakai anak tudung. korang panggil apa ye anak tudung ? inner tudung. ahh, lantaklah. janji korang faham. 

Dia tanya penampilan dia.
"Okay tak ?"
Aku pandang, dan tegur, 
Slow and steady je tegur. niat sebab, sayangkan kawan. sayangkan saudara seIslam. untuk mengingatkan. bukan tuk mencari salah. insyaAllah. 
"Comel, kalau tutup dada, lagi comel."
"Tak modern lah kalau tutup sangat"
senyap...
"Tak pakai anak tudung ?"
"Tak sempat, kan kita nak cepat, orang tak nampak pun"
okay...

Kenapa mesti kita pandang apa orang kata ?
Kenapa mesti nak dahulukan fesyen berbanding agama ?
Ada yang kata, belum sampai seru lah. hmmm. kalau hal kahwin kemain laju nak seru sampai. kalau bab tutup aurat....
Kenapa bila nak bergaya semua nya sempat, tapi kalau perihal agama, susah sangat nak luangkan masa.

Sedangkan kita sendiri tahu soal agama and kita tahu jugak, apa yang ditegur tu untuk kebaikan kita.
Cuba kita fikir, andai kata kalau keluar ni, ramai lelaki perasan aurat kita, tergoda dengan penampilan kita. macam mana ?
Memang kita pakai tudung, tapi rambut tu, masih belum tertutup sepenuhnya.
Tudung bawal semata2 memang tak dapat nak lindung rambut kita. duduklah bawah cahaya matahari, berapa banyak helai dah rambut awak orang lain nampak. dosa nya macam mana ?
Aurat kita, bukan setakat rambut je.
Dada kita pun dikira aurat. Aib.
Aib tak boleh dibuka kakak. Aib tu untuk ditutup.
Cuba kalau kita buat something y aweful, nak ke kita reveal apa y kita dah buat ?
Jaja sana sini, biar semua orang tahu ? tak kan ? seboleh-bolehnya kita nak campak rahsia kita tu dalam peti besi kan. haa, macam tu jugak aurat kita.

Islam dah gariskan panduan tuk mentutup aurat.
itu hak Allah, tugas kita.
Allah dah perintahkan kita tuk tutup aurat, jadi jagalah aurat kita sebaiknya.
Allah dah cipta kita dengan sebaik-baik kejadian. 
Allah dah kurniakan akal fikiran tuk kita berfikir.
Cuba kalau kita tengok haiwan, kadang-kadang apa y kita kira aurat pada manusia, pada haiwan ni terdedah je. tak boleh nak salahkan mereka, sebab otak mereka lain dengan otak kita. 
Jadi, kalau kita tak tutup aurat, sama jugak lah kita macam haiwan. 
Bukan nak merendah-rendahkan haiwan, cuma kita ni, dah jadi makhluk Allah y sempurna penciptaanNya, manfaatkanlah akal tu. 
Taatilah perintah Allah.

Spend time and duit sikit je tuk beli tudung y tak jarang, tak singkat. tak pun kalau tudung jarang, pakai lah inner tudung. murah je. eleh. beli topup berpuluh2 sebulan, shopping sampai nak patah pinggang boleh, takkan inner sehelai pun tak boleh beli, kan... ?

Cukup tuk itu.

Pendek kata.
Kalau kita dinasihatkan untuk berubah, fikirlah baik-baik apa benefit nya.
Kalau rasa lebih banyak manfaat daripada keburukan, apa salahnya kita berubah kan ?
Tapi, make sure niat berubah tu tuk kebaikan diri sendiri, tuk Allah.
Allah cuma sampaikan peringatan tu melalui manusia.
Bukan senang untuk berubah, tapi indahnya perubahan itu kadangkala tersangatlah indah dan pengorbanan itu sangat diperlukan. :)

Angin perubahan itu singgah kekadang hanya tuk sementara dan kekadang ia berhembus sekali cuma.
Manfaatkanlah ia selagi diberi peluang.
Rebutlah ia, kerana mungkin hari esok anda sudah tidak berupaya.
[ini bukan dalam konteks penjagaan aurat semata, tetapi, aplikasikanlah ia secara menyeluruh]
Wallahualam.
Wassalam.


notakaki ; semoga yang membaca ini jika sebelumnya berkeras akan berlembut, menuju Allah. insyaAllah.
Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang airnya memancar daripadanya. Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan.
(Al-Baqarah :74)


No comments: