Friday, November 16, 2012

rinduku. sahabat. Allahuakbar.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Allah doesn't set tasks on a soul beyond it's capacity :
"Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya"

ingatlah duhai sahabatku sayang.
setiap kejadian tu pasti ada hikmahnya.
Allah tahu apa yang terbaik tuk kita.
mungkin sesuatu itu kita rasa manis, baik sekali. tetapi, pada anggapan orang lain, ia pahit, buruk sekali.
mungkin juga sebaliknya, kita kira kejadian itu betul2 payah tuk kita tempuhi, tapi bagi Allah, itu 1 jalan, yang indah penyudahannya. 

aku pun cuma insan biasa.
banyak terlanjur kata bicara, bertindak tidak semena-mena.
tapi di fikiranku, juga hatiku,
aku ingin yang terbaik buatmu.

sahabat sahabat.
aku minta,
jaga diri buat yang jauh.
aku merinduimu.
mencintaimu kerana Allah Taala.
insyaAllah.

Wardah and Hazwani. 
harap kalian baca nukilanku yang satu ni.
kuatkan semangat ! (^_^) 
Allah ada untuk kita ! (^_^)

No comments: