Monday, July 30, 2012

anak manja yang sering pulang ke rumah?

aku anak bongsu.
tapi aku rasa aku bukan anak manja.
manja sikit. tapi tidak spoiled.
aku mampu berdikari.
*kau fikir anak manja yang spoiled mampu jauh daripada family hingga berjuta batu jauhnya ?
merantau seorang diri di wilayah asing sehingga sebulan lebih lamanya ?
kalau ada. senyap2 je. (´_`)

sem ni.
sebenarnya.
aku berazam tuk cuba balik ke rumah setiap minggu. 。◕‿◕。
selagi boleh. selagi tiada apa-apa program yang mengekang aku daripada pulang.
aku nak balik.
*Alhamdulillah. sem ni, baru minggu lepas aku tak dapat pulang ke rumah. ada hal y tidak dapat dielakkan.
biarlah apa orang cakap pun.
gelarlah aku gedik balik setiap minggu ke, ape ke...
peduli apa kan.
mak ayah lagi penting. (^v^)
aku nak balik. jumpa mak ayah. jumpa family members yang lain.
walaupun aku ni bukannya mampu jadi rajin all the time menghulurkan bantuan kepada mereka.
tapi, biarlah aku menunjukkan diri di rumah. menyumbangkan suara y memang sedia sumbang tuk halwa telinga mereka.

ada pensyarah aku pernah cakap.
"ibu ayah takkan pernah rasa bosan dengan anak-anak. call lah sekerap mungkin, selagi mampu. ibu ayah takkan pernah rasa bosan"
so, aku rasa, situasi sama jugak kalau jumpa.
mana ada mak ayah y bosan jumpa anak dia.
biarlah hidup selama mana pun, diorang takkan pernah rasa bosan. hanya rasa sayang.
*this is what we called unconditional love baby.
pernah korang jumpa mak ayah y cakap dengan anak dia camni ;"mak bosan lah. balik2 muka kau, balik2 muka kau. takde orang lain ke ?"
aku rasa belum ada.
*tolong beritahu aku kalau ada.

selagi mereka hidup, selagi aku masih bernyawa.
aku nak jumpa mereka.
kalau boleh, aku taknak jadi macam mereka y tak sempat nak jumpa mak ayah masa mereka meninggal.
sempat nak cium wajah mereka. nak tatap puas-puas wajah mereka.
biarlah aku sempat mohon maaf atas semua dosa-dosa aku pada mereka.
dosa aku banyak. mungkin melimpah ruah.
Astaghfirullahalazim.

tiba-tiba terdetik
*macam mana pulak kalau aku y dipanggil Ilahi terlebih dahulu.
mak ayah............ (╯︵╰,)

ya Allah. aku insan hina.
bersediakah aku ?
sudah tentu tidak.
amalan tidak seberapa.
malunya aku kepadaMu ya Allah....
(╯︵╰,)

sedih pulak aku baca post sendiri.
sesungguhnya, hati ini amat tersentuh bila membicarakan hal berkaitan mak ayah.
mereka jantung hatiku. selamanya.
selepas..
Allah.
Rasulullah.

adik sayang mak.
adik sayang ayah.
(╯︵╰,)
minggu ni adik balik.
tunggu adik ye mak, ayah.
sama ada pulang dengan nyawa. atau tidak lagi bernyawa.
adik akan tetap balik.
tunggu adik.
(╯︵╰,)

2 comments:

faiz ibrahim said...

jangan sedih-sedih nanti kite cepat sakit. hehe.
kita anak bongsu, same same. hehe.
kuatkan semangat dan fikir positif ehh. cuba bayangkan apa mak dan ayah kau rasa if dia baca post nihh, mesti dorg sedih jugak. janganlah buat dorg sedih. jadilah happy untuk mereka. :)

*najaah* said...

aku touching je. banyak ibu ayah kawan2 terdekat y baru meninggal. i'm still not ready to face this. sorry faiz. takut ko terkesan. they won't read my blog. dun worry. aku kat rumah happy je. takde makne nak bermuram durja balik de wuih. lulz :'D