Monday, April 2, 2012

pelihara TANGAN anda.

aku bukannya tak faham.
aku faham sangat.
jiwa muda remaja kan..?
semua benda nak try.
bila tengok atau dengar org lain pegang tangan, sendiri pun rasa nak cuba.

tapi AWAS.
sekali pegang, akan ada kali kedua.
dua kali pegang, tangan dah tak tentu hala.
tiga kali pegang, tah ke mana letaknya tangan2 kalian.


aku sangat suka nak ingatkan,
"PEGANG BABI, PEGANG ANJING LAGI BAGUS DARI PEGANG TANGAN ORANG Y BUKAN MAHRAM KITA."
sekurang-sekurangnya, bila terpegang najis mughalazah tu, kita masih boleh samak. tapi kalau pegang tangan atau mana2 bahagian mereka y bukan hak kita, macam mana nak samak ?

cuba fikir.
kenapa Allah larang kita menghampiri zina.
Allah bukan setakat larang kita berzina, tetapi, MENGHAMPIRI zina.

and tolong bayangkan,
bagaimana gemuknya syaitan, betapa gembiranya hamba laknatullah ni, bila dapat memperdaya kita tuk ikut terpesong macam dia.

and bayangkan juga, mak ayah kita.
y susah payah besarkan kita sebaik mungkin,
sediakan semua kemudahan tuk kita, manjakan kita.
tetapi, bila kita dah besar buat benda2 macam ni.
usaha lah sedaya upaya, jaga nama baik mak ayah kita, family kita.

jaga juga nama baik ISLAM di mata dunia.
kalau tengok sekarang, even y pakai tudung pun sama je.
pelik tengok.
kalau bertudung, tapi pegang tangan, apa kejadahnya kan.

mungkin ada y cakap, "alah, pegang tangan je pun, bukannya buat apa-apa."
mungkin sekarang belum terjadinya APA-APA tu, tapi, esok, lusa siapa boleh jangka.
jangan dah TERLANJUR, baru nak menyesal....
Wallahua'lam.

No comments: