Monday, April 30, 2012

I will try :')

Assalamualaikum.
Kawan-kawan. Teman-teman.
Sila Klik :')
I'll be waiting


Hidayah Allah itu akan datang tanpa diduga.
Untuk sesiapa y dikehendakiNya.
Ia mungkin tidak akan tiba walau sehebat mana kita mengharapkannya.
Adakala, petunjuk itu datang mengetuk pintu hati dalam keadaan paling tidak diduga.
Ia juga mungkin menjelma, dan mungkin waktu itu, kita tidak mampu menerimanya.
Alasan ? = aku belum bersedia tuk menghadapi sebarang perubahan.
Sehinggakan ada sesetengah daripada kita terdaya untuk 'berjual mahal' terhadap pemberian Allah y istimewa ini.


TETAPI.
Sampai bila nak tunggu keadaan 'sedia' ? 
Adakah ia semudah, "OH, aku sudah bersedia. muncullah dikau wahai hidayah"
TAK. SUDAH TENTU TIDAK.


Andai hidayah itu datang, tolong kawan-kawan.
Jangan persiakan.
Kita harus TANGKAP. 
Jangan biar terlepas.
Bayangkan kalau kita bertindak mengusir hadirnya ia. 
RUGI. 
Mungkin itu kali terakhir hidayah itu muncul untuk mengingatkan kita.


Cara-Cara Mudah Mendapatkan Hidayah Allah :
* Solat berjemaah.
* Membaca al-Quran pada setiap hari.
Sentiasa memohon maaf dan memaafkan orang lain.
* Sentiasa cuba untuk Taqarrub, yakni mendekatkan diri dengan Allah.


Allah sentiasa ada untuk kita.
Allah akan bantu mereka y mencuba. 
Niat y baik kan, Allah pasti tolong, InsyaAllah. :')


InsyaAllah.
Semoga kita dapat betulkan apa y salah dan perbaiki apa y kurang. kembali pulang ke arah y sebenar. y diredhai Allah. Amiin :')




No comments: