Sunday, March 25, 2012

sisipan coretan p2

kala itu, si kecil cuba mengawal perasaannya.
debaran hati tidak terkata.
melihatkan gambar y tadi muncul bergerak di hadapan mata.
seboleh mungkin dia cuba berlagak seperti tiada apa y mengganggu fikiran....,

senyumannya diukir seasli mungkin.
"Alhamdulillah. akhirnya kau tersenyum, wahai si kecil," ujar si sahabat.
si kecil masih lagi seperti tadi. tersenyum semanis mungkin, lalu memalingkan mukanya dan beredar dari situ.
berpalingnya dia bukan untuk menarik muka. tetapi, untuk menutup kesedihan y muncul tiba-tiba.
satu, dua, tiga, oh tidak. tidak terkira air mata y mengalir.
sedaya upaya menahan tangis,
hati kecil itu berdetik, "berapa lamakah harus ku begini, ya Allah. ya Tuhanku. andai pemergian itu y kau tuntut lagi kehendaki, mengapa hati ini seperti tidak merelakan... pimpinlah aku ya Allah."

No comments: