Friday, March 9, 2012

Lafaz Salam.

kisah y terjadi sedang aku mendaki anak tangga ke rumah kakngah. aku jalan menunduk, maka tak perasan siapa gerangan orang y berselisih. tiba tiba tegur suatu suara,

"Assalamualaikum kakak"

aku pandang depan, muncul satu wajah kecil bertudung y asing, ceria menanti salamnya dijawab.

"Waalaikumussalam adik"

aku jawab sambil tersenyum. sejuknya hati waktu tu hanya Allah y tau.

"Kakak, handphone kakak comel. macam kakak"

aku tak dapat kawal senyuman.

"Adik dah besar nanti, belajar rajin2, beli handphone y lagiiii comel dari ni okay?"

si kecil angguk, senyum manis sangat. lalu menyambung perjalanan ke bawah.

* hari ini aku kira, aku ada terima lafaz salam dari dua orang. seorang 'budak' lelaki, seorang budak perempuan. dua2 menyejukkan hati. ekeke :D

* dah ada anak nanti, aku nak didik anak(anak) aku, rajinkan diri bagi salam dekat orang sekeliling, tak kisah tua atau muda, tak kisah pangkat dan harta banyak mana, and tak kisah kenal atau tidak. cuma kena kawal antara lelaki dan perempuan je. hiwhiw :3 ye ye. aku berangan. takpe takpe. benda baik kan kan kan :')

*sebenarnya aku rindu gila kot nak dengar orang bagi salam kat aku, and aku sendiri rindu nak bagi salam dekat orang. kat maktab susah nak dapat peluang ni. serius. aku bagi salam, ada tu tak jawab, siap pandang pelik plak. haih. =="

kbai. nak keluar makan
Assalamualaikum. :')

No comments: