Thursday, February 23, 2012

orang bodoh y sememangnya...

perihal brader kantin n kafe y gatal nak mampus.
tapi paling aku geli dengan brader kafe tu.
eish.
alkisah kat kafe tadi.
aku : nak milo ais bungkus.
der : bungkus? minum sini lah eh.
aku : bungkus.
der : minum sini lah, minum sini eh.
aku : bungkus. *senyum sesinis mungkin.
der : okay, bungkus. nak sedap ke tak.
aku : buat jelah apa y mampu. *muka annoyed malas nak layan.
der : *sengih macam mintak penampo. dah siap.
aku : bawak la sana, nak bayar skali. *refer kat meja cashier.
der : *menghulur plastik milo dengan cara y boleh membuatkan tangan kami bersentuhan. serius, tak tipu punya wey.
aku : pegang tali tu. *sambil rentap plastik milo tu. hulur rm2. so ada balance 50 sen. aku cepat2 letak tangan bawah tudung.
der : nah baki. *hulur tangan sepanjang y mungkin tanda nak suruh aku bukak tangan aku tuk terima 50 sen dia tu.
aku : letak bawah. *sambil ketuk2 meja cashier.
der : bajet alim.
kawan der : padan muka kau.

tolonglah. kau bukan kerja rumah urut pun y dah biasa terdedah dengan perihal2 touching2 bagai ni, kau pun bukan doktor y melayakkan kau tuk sentuh tangan org y bukan mahram bagi kau (tu pun kalau darurat wey). kerja kau berniaga je.
janganlah menggedik sangat nak skinship2 nih.
mau aku lempang kau nanti.
kau kira beruntunglah aku tak sound kau depan2 tadi.
just aku malukan kau sikit depan kawan kau tu.
*btw. kalau tengok kawan kau tu, walaupun rambut dia dye pe sume, tapi dia lagi hormat org kot.
takdelah sibuk2 nak try usha2 org + nak tanya soalan2 bodoh macam kau tadi.

kbai.

1 comment: