Friday, January 27, 2012

nak baca baca, taknak sudah.

ni luahan hati n and apa y terbuku kat otak. *EH.
nak baca, baca.
taknak baca, *Ada aku kisah?

aku terfikir :
bila orang nak tegur seseorang, okay let say orang tu buat salah.
adakah orang y berhak menegur tu, terhad kepada ahli keluarga, orang berilmu disanjung tinggi je ke.
aku ni memang suka menyangkal dakwaan orang.
*ex debater lah katakan.
aku rasa, sesiapa pun berhak tegur salah orang kan.
asalkan teguran tu berasas, membina, and berhikmah.
tu pandangan aku.
so, tolong luaskan fikiran anda, y kononnya hanya golongan terdekat atau berilmu sahaja berhak menegur.

terlintas kat fikiran aku lagi :
salah ke aku baik dengan orang.
aku memang jarang berkira.
bila aku terfikir nak memberi, memang aku akan menghulur.
janganlah sempitkan pemikiran,
y aku memberi atau hulurkan tangan ringankan beban sebab ada hidden agenda.
kenapa mesti macam tu?
asal baik sikit, nak berprasangka buruk.
tolong. tolong. tolonglahhh. jangan buat aku rasa pelik.
aku tak harapkan balasan, bukan sebab aku nak orang ingat aku ni berbudi sangat.
aku tak pandang. tak hadap.
memang aku jenis macam tu.

otak aku memang tengah serabut sangat.
kepala aku pening. dari semalam tak okay2 lagi.
koolfever dah bertepek, tapi demam tak kebah.
selesema makin rancak.
muntah dari semalam kat hujung tekak je.
kotak suara macam dah tak berpelincir.
tiba2 datang pulak pelbagai input cum problemos.
hebatnya Allah nak uji aku.
Alhamdulillah.

=dugaan Beliau lagi hebat daripada dugaan aku. sedangkan Beliau tak mengeluh, aku lagilah tak perlu begitu=

No comments: