Wednesday, January 4, 2012

mimpiku malam tadi.

malam tadi.


saat jam menunjukkan tepat pukul 12.12 tgh malam.
badan waktu tu rasa letih sangat.
mata memang dah tak larat nak bertahan.
selesai je ucapkan selamat ulangtahun kelahiran kepada 3 teman tersayang,
aku berusaha tuk melelapkan mata.
mengiring ke kanan sudah. (kejar sunnah Rasulullah)
tidak berhasil.
ku cuba juga kalih ke kiri. walaupun kutahu, posisi tu mungkin mengganggu peredaran darah... 
tidak juga berjaya.
ku cuba terlentang kalau2 dapat. tidak juga mahu lelap sepasang mata ini.
mulut terkumat kamit membaca ayatul kursi, 3 kul(Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas), ayat pendinding dan syahadah.


sudahnya, aku melayan perasaan.
di kepala teringat mak.
juga ayah.
agak bersyukur kali ini.
mereka kutinggalkan, dengan kehadiran nenek dan pembantunya.
ringan sedikit kerja mak.
bibik rajin buat kerja sekarang.
Alhamdulillah.
ada nya nenek, walaupun mungkin memeningkan kepala, tapi memeriahkan suasana.
Alhamdulillah.


tahun 2012.
umur mak tahun ini bakal menjengah angka 58.
ayah pulak, bakal 66 tahun. 
anak2 mereka pun begitu.
32,31,28,27,25,21
makin meningkat umur, makin hampir dengan kematian. 
(ada sesiapa nak sangkal kenyataan ini?)


aku takut.
iya. sangat takut.
muncul di benakku waktu tu,
rumahku itu. sejak dihuni 8 tahun dulu, belum pernah lagi menyaksikan sebarang pengurusan jenazah.
terbayang....
satu persatu wajah ahli keluargaku.
dari mak,ayah,abang,kakngah,kaklang,k.jannah,k.aji.
abang2 ipar....
mengalir terus air mataku.
tak ku kesat.


persoalan bermain di ruang fikiran.
bagaimanakah nanti, jikalau insan2 ini hilang dari sisiku?
hilang y tuk selama lamanya.
pergi y tiada pengganti.


dan persoalan itu, juga tindakan mata ku ini mengalirkan air mata tanpa henti.
akhirnya berjaya membawaku ke alam mimpi....

5 comments:

Hanna said...

that's the fact of life.takut plak i baca.hee~insyaAllah kita perlu sentiasa berdoa untuk org2 yg kita syg kan..

*najaah* said...

yupp. insyaAllah.
sentiasa doakan y terbak tuk diorang.
ajal semua ketentuan Allah kan. :)

Afiq Arif said...

sebak

*najaah* said...

;(

Nor Atasha Binti Normi said...

sodeh..