Saturday, January 7, 2012

kefobiaan. melanda. lagi.

rumah kami hanya ada kereta.
tak pernah ada motor.
mak memang dari dulu,
takkan belikan motor. tak kisahlah tuk kegunaan siapa pun.
ayah pernah insist nak beli motor. tapi mak tak setuju.
and mak pun tak galakkan kami adik beradik belajar bawak motor.
fobia katanya.
dulu abg pernah accident.
byk kali jugak kot.

fobia tu turun pulak kat aku.
sekarang.

fobia aku terhadap motosikal bertambah tambah nampaknya.

sudah beberapa kali diri ini dikejutkan dengan pemergian sahabat2 akibat kemalangan motosikal.

sejak form 4 lagi.
mula2 arwah izzuddin.
arwah boleh dikatakan agak rapat dengan aku.
beberapa sebelum meninggal, banyak sungguh dia tinggalkan petanda.
petanda dia nak pergi buat selama-lamanya.
nasihat2 dia. kata2 maaf dia.
"aku mintak maaf eh kalau aku ada buat salah dengan kau."
"eh.  tiba2 je mintak maaf dengan aku ni. ada pape ke?"
"manalah tau, kalau2 ada kan. aku mintak lah maaf awal2"

aku juga, masih ingat...
dia peserta pertandingan roket.
pernah dia cakap, "tiqah. aritu kitorang dapat sijil lebih. nak tak sijil tu? kau print lah nama kau atas tu. pastu ada tshirt roket lebih. kau nak tak? nanti amek kat rumah aku eh"
aku balas, "eeee, best nyaaa. tapi sijil tu. menipu plk karang. tshirt tu amek kat rumah kau? rumah kau pun aku taktau kat mana, mcm mana nak amek"
dia, "alaaa, nnt kau dtg gak rumah aku. dtg nanti, ameklah"

and betul.
aku dtg rumah dia.
seminggu kemudian. mungkin. lost track of time.
dalam bulan Ramadhan perginya...
aku dtg. sehari selepas perginya dia.
wakilkan rakan sekelas, wakil badan pengawas sekolah.
waktu aku dtg.
tshirt tu terjemur di ampaian hadapan rumah.
sebak betul hati ini saat terlihat tshirt tu.
luluh rasanya.
menangis entah berapa kali lah disebabkan arwah.

lepas tarikh arwah pergi tu, makin selalu pula aku dengar perkhabaran buruk.
semuanya akibat motor.
sampai aku pernah cakap dengan kawan2 aku, "toksah lah bawak motor lagi.... aku tak suka....T.T"

and paling latest sekali.
sahabat waktu sekolah rendah.
kemalangan and meninggal dunia.
baru je.
awal muharam y lepas.
Innalillahiwainnailaihirojiun.

bukanlah aku nak sangkal ajal maut mereka.
aku faham. kemalangan, penyakit tu semua hanya cara Allah nak tarik nyawa mereka.
bila ajal dah tiba, takde siapa boleh halang, takde siapa boleh lewatkan.

tapi.
hamba Allah y degil ni.
tetap tak mau dengar sesiapa pun kemalangan lagi. lagi2 motor.
kalaulah boleh begitu kan.
Astaghfirullahalazhim.

Allah je tau betapa tersentaknya hati ni,
jantung ni je tau betapa hebatnya debaran y melanda.

+bolehtakkalianberhentibawamotor.....+
=Al-Fatihah buat teman2 y telah meninggalkan alam ini. semoga kalian ditempatkan dalam kalangan orang2 y soleh=

2 comments:

Afiq Arif said...

ia adalah kebiasaan seorang lelaki utk berkemahiran membawa motor dan menggunakan kenderaan itu...untuk pencen dari bawa moto adalah mustahil..tetapi utk lebih berhati-hati menggunakannya INSYAALLAH..

-asl ayat skema ni?heh-

*najaah* said...

okay -___-"