Friday, January 13, 2012

ada apa dengan NIAT?

grabbed from Zulfaqar. he's my junior back then *in SHAMS* and currently in IPGM KDRI *if I'm not mistaken :)

Ikhlas dan jujur
Di dalam menyampaikan amanah Allah, sikap amanah dan jujur adalah penting. 
Di dalam Al-Qur’an, Allah telah berfirman : 
ان اله يأمركم أن تؤدوا الأمانات الى أهلها  
Maksudnya : “ Sesungguhnya Allah Taala menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya ....”.
Dan firman Allah s.w.t :
انا عرضنا الأمانة على السماوات والأرض والجبال  فأبين أن يحملنها  وأشفقن منها وحملها الانسان انه كان ظلوما جهولا 
Maksudnya : “ Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanah tersebut dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, tetapi manusia sanggup memikul amanah tersebut, sesungguhnya manusia itu amat zalim dan bodoh “.
Oleh kerana tanggungjawab ini merupakan satu tanggungjawab yang besar dan tidak mampu dipikul oleh langit, bumi dan gunung-ganang, maka untuk menyampaikan amanah Allah ini memerlukan seorang yang benar-benar jujur dan ikhlas agar ia dapat dilaksanakan dengan sempurna. Usaha menyebarkan risalah dakwah bukan untuk mencari publisiti, sanjungan dan pujian. Namun usaha tersebut adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t semata.Justeru itu, pengharapan dan permohonan kepada Allah adalah perlu untuk mendapatkan taufik dan hidayah buat meneruskan perjuangan menyalakan obor-obor iman ke seluruh pelusuk dunia. 
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: 
ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته الى ما هاجر اليه 
Maksudnya : “ Dan sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang dikejarnya atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu kembali terhadap apa yang ia niatkan “.

*Niat yang ikhlas dan jujur mestilah disematkan di dalam hati sanubari sebelum terjun ke medan juang.

No comments: